Nasihat Pemakanan untuk Pesakit Kanser Usus (Part 2)

Gejala Kanser Usus

Gejala paling lazim ialah perubaan tabiat membuang air besar dan berdarah dari dubur. Walau bagaimanapun,perkara ini juga lazim dialami orang yang tidak menghidap kanser.

“Hampir 20% daripada kita berdarah dari dubur setiap tahun. Lebih sepertiga daripada kita mengalami sembelit atau cirit-birit pada suatu ketika dalam hidup kita.”

Gejala kanser usus yang berisiko lebih tinggi

Jika anda mengalami mana-mana gejala berisiko lebih tinggi ini,masih selamat jika anda menunggu dan memerhati selama sehingga enam minggu,tetapi jika gejala ini berlarutan,anda harus mendapatkan nasihat doktor dan bertanya tentang pemeriksaan lanjut dihospital.

Perubahan Tabiat Membuang Air Besar :

Perubahan tabiat membuang air besar yang baru dan berlarutan , seperti najis yang lebih cair atau mirip cirit-birit , membuang air besar dengan lebih kerap,atau perasaan hendak membuang air besar dengan lebih kerap. Perubahan tabiat membuang air besar khususnya penitng diperhatikan jika anda juga berdarah dari dubur;

Berdarah Dari Dubur :

Berdarah dari dubur yang berlarutan tanpa sebab. Keadaan berdarah ini mungkin disebabkan buasir,tapi jika demikian,anda juga biasanya akan mengalami gejala lain,seperti meneran kerana sembelit,rasa sakit di bahagian dubur,gumpalan dan rasa gatal.

Berdarah dari dubur bagi orang yang berusia melebihi 60 tahun

-buasir pada pesakit usia lanjut mungkin sebenarnya menyembunyikan gejala yang lebih serius,jadi sangat penting supaya gejala ini diperiksa.

Gejala dan tanda berisiko lebih tinggi yang lain termasuk:

Anemia tanpa sebab, yang ditemui oleh dokter anda.

Gumpalan atau benjol di bahagian perut, yang dirasai dokter. Rasa sakit yang kuat di bahagian abdomen yang berlarutan, yang baru dirasai buat pertama kali (terutamanya bagi golongan yang lebih berumur).

” Kebanyakan orang yang mengalami gejala ini TIDAK menghidap kanser usus, namun amat penting supaya anda menjalani ujian lanjut untuk mendapatkan kepastian.”

Anda boleh berkonsultasi dengan:

Dr Seow Eng Lok (MD (UKM), MRCP (UK), MAGA (USA)

Consultant Gastroenterologist & Hepatologist

Hubungi Perwakilan Island Hospital Penang – 0811657299/ 081533318356/ 085296335566

dokter 003

Leave a comment