Kanker Payudara

Kanker payudara merupakan jenis kanker paling umum diderita oleh kaum wanita. Walaupun jarang,kaum pria juga dapat terserang kanker payudara. Pengobatan adalah dengan pembedahan dan jika perlu, dilanjutkan dengan kemoterapi dan rawatan radiasi. Faktor yang paling penting untuk menyembuhkan pasien-pasien dengan kanker payudara adalah stadium kanker bila perawatan dimulakan. Setiap wanita harus melakukan pemeriksaan sendirian supaya sesuatu benjolan payudara dapat diketahui pada masa yang awal. Kalau benjolan dijumpa, ini mesti diperiksa oleh dokter dengan segera supaya perawatan dimulakan seawal mungkin.

Cara operasi tergantung pada stadium klinik penyakit. Untuk stadium yang lewat, pengangkatan seluruh payudara serta kelenjar di sekitar ketiak diperlukan (Mastektomi) . Kalau kanker payudara diketahui pada stadium awal,pengangkatan hanya diperlukan pada jaringan yang mengandung sel kanker di payudara serta kelenjar di ketiak (Lumpektomi).

Tanda-Tanda Kanker : Tanda kanker payudara yang terpenting adalah benjolan di payudara. Ini dapat ditemui dengan pemeriksaan sendirian yang sebaiknya dilakukan sehabis selesai masa menstruasi. Tanda-tanda yang lain adalah keluaran air dari puting susu,kudis puting susu,kulit atau puting susu ditarik ke dalam,payudara bengkak dan kesakitan payudara.

Lumpektomi : Operasi ini hanya sesuai untuk kanker yang kecil dan pada stadium yang awal. Dalam operasi ini, hanya benjolan kanker di payudara serta kelenjar di sekitar ketiak diangkat. Operasi ini mesti diikuti dengan pemberian radioterapi.

Mastektomi : Operasi ini diperlukan untuk kanker yang besar dan pada stadium yang lewat. Dalam operasi ini, seluruh payudara serta kelenjar di ketiak diangkat.

“Semua bejolan di payudara harus diperiksa dengan segera oleh dokter.Cara pemeriksaan payudara seperti USG, mamografie dan MRI bisa dilakukan. Kadang-kadang benjolan harus dibiopsi (operasi kecil untuk mengambil contoh) supaya pemeriksaan mikroskop dijalankan dan dipastikan bahwa benjolan itu adalah kanker”

Untuk anda yang ingin melakukan check-up bisa berkonsultasi dengan:

Dr.Goh Tiong Meng MBBS (Sydney), FRCS (Edin) (Island Hospital Penang)

Untuk informasi selanjutnya dapat menghubungi :

Perwakilan Island Hospital Penang

0811657299/ 081533318356/085296335566

Breast-Cancer-Awareness-Logo-4

Degenerasi Makular berkaitan umur (AMD)

Degenerasi Makular berkaitan umur (AMD) adalah penyakit mata kronik dan salah satu punca utama kehilangan pengelihatan yang serius di golongan warga berumur 50 tahun dan ke atas. Ia juga merupakan salah satu sebab kebutaan orang dewasa di dalam dunia. Bertentangan dengan anggapan ramai, kehilangan pengelihatan, khasnya AMD tidak semestinya satu kesan penuaan yang tidak dapat dielakkan. Lindungilah pengelihatan anda dengan bertindak aktif dalam penjagaan kesehatan anda dan mengadakan lawatan tetap ke doktor mata anda.

Pengenalan

Degenerasi makular berkaitan umur (AMD) adalah penyakit mata kronik dan salah satu punca utama kehilangan penglihatan yang serius dikalangan manusia berumur 50 tahun dan ke atas. Ia juga merupakan salah satu sebab kebutaan orang dewasa di dalam dunia.

Bertentangan dengan anggapan ramai orang,kehilangan pengelihatan,khasnya AMD tidak semestinya satu kesan penuaan yang tidak dapat dielakkan. Anda boleh melindungi pengelihatan anda dengan bersifat proaktif dalam penjagaan kesehatan anda dan mengadakan lawatan kerap ke dokter mata anda.

Apakah AMD?

AMD adalah sejenis penyakit yang boleh menjejaskan pengelihatan pusat yang tajam yang diperlukan untuk aktiviti pandangan “lurus ke depan” (straight-ahead) mata,seperti membaca,memandu kereta,membaca masa dan mengecam muka.

Kadang kala, AMD berkembang begitu perlahan sehingga anda tidak mengesan apa-apa perubahan pengelihatan anda. Kadang kala,AMD berkembang dengan pantas dan menyebabkan kehilangan pengelihatan dengan cepat. AMD tidak menyebabkan sebarang kesakitan tetapi ia boleh melemahkan daya anda untuk melihat apa yang berada di depan anda. AMD dibahagikan kepada dua jenis, yaitu AMD kering dan AMD lembap.

AMD Kering

Daripada semua kes AMD,sebanyak lebih kurang 80% adalah kes AMD kering. Dalam AMD kering , sel yang sensitif kepada cahaya di dalam retina mati dan ini menjelaskan pengelihatan “lurus ke depan”. Simpton paling biasa AMD kering ialah penglihatan kabur. AMD kering biasanya berkembang dengan perlahan tetapi ia boleh mejadi AMD yang lebih serius yang dikenali sebagai AMD lembap

AMD Lembap

AMD Lembap merupakan lebih kurang 20% kes AMD. Keadaan AMD lembap disebabkan oleh pertumbuhan pembuluh darah secara abnormal di bawah makula. Ini boleh menyebabkan pendarahan, pembentukan parut dan kerosakan tetap. Kerosakan yang disebabkan oleh AMD lembap adalah lebih pantas daripada AMD kering dan biasanya menyebabkan kehilangan pengelihatan pusat atau ” lurus ke depan ” yang lebih serius. Jika dikesan awal , rawatan yang sesuai boleh mencegah kehilangan pengelihatan selanjutnya.

Lain-lain faktor risiko menghidap AMD termasuk :

  • Usia yang meningkat – Lebih biasa berlaku di kalangan mereka yang berusia 75 ke atas.
  • Merokok.
  • Bangsa-orang berkulit putih didapati mempunyai resiko yang lebih tinggi.
  • Anggota keluarga mempunyai sejarah menghidap penyakit ini.
  • Kurang pengambilan sesetengah vitamin dan zat mineral di dalam makanan.
  • Jantina-Kaum wanita nampaknya berisiko lebih tinggi jika berbanding dengan kaum lelaki.
Apakah simptom-simptomnya?
  • Akuiti penglihatan yang berkurang (penglihatan pusat atau “lurus ke depan” yang kabur atau kurang tajam
  • Kehilangan sensitiviti kontras (Warna nampaknya pudar dan suram
  • Skotoma pusat (titik kosong atau titik buta di dalam penglihatan pusat anda)
  • Metamorfosia (objek kelihatann berombak – ombak atau melengkung)
Anda boleh Konsultasi dengan :
Assoc Prof Dr Andrew Lim Keat Eu (MBBS Honours (Melb.), FRCS (Glasg.), MMed(Ophth.)(USM), FADUSM, AM

Hubungi Perwakilan Island Hospital Penang – 0811657299/081533318356/085296335566

email : islandpg@hotmail.com

dokter 004

Nasihat Pemakanan untuk Pesakit Kanser Usus (Part 2)

Gejala Kanser Usus

Gejala paling lazim ialah perubaan tabiat membuang air besar dan berdarah dari dubur. Walau bagaimanapun,perkara ini juga lazim dialami orang yang tidak menghidap kanser.

“Hampir 20% daripada kita berdarah dari dubur setiap tahun. Lebih sepertiga daripada kita mengalami sembelit atau cirit-birit pada suatu ketika dalam hidup kita.”

Gejala kanser usus yang berisiko lebih tinggi

Jika anda mengalami mana-mana gejala berisiko lebih tinggi ini,masih selamat jika anda menunggu dan memerhati selama sehingga enam minggu,tetapi jika gejala ini berlarutan,anda harus mendapatkan nasihat doktor dan bertanya tentang pemeriksaan lanjut dihospital.

Perubahan Tabiat Membuang Air Besar :

Perubahan tabiat membuang air besar yang baru dan berlarutan , seperti najis yang lebih cair atau mirip cirit-birit , membuang air besar dengan lebih kerap,atau perasaan hendak membuang air besar dengan lebih kerap. Perubahan tabiat membuang air besar khususnya penitng diperhatikan jika anda juga berdarah dari dubur;

Berdarah Dari Dubur :

Berdarah dari dubur yang berlarutan tanpa sebab. Keadaan berdarah ini mungkin disebabkan buasir,tapi jika demikian,anda juga biasanya akan mengalami gejala lain,seperti meneran kerana sembelit,rasa sakit di bahagian dubur,gumpalan dan rasa gatal.

Berdarah dari dubur bagi orang yang berusia melebihi 60 tahun

-buasir pada pesakit usia lanjut mungkin sebenarnya menyembunyikan gejala yang lebih serius,jadi sangat penting supaya gejala ini diperiksa.

Gejala dan tanda berisiko lebih tinggi yang lain termasuk:

Anemia tanpa sebab, yang ditemui oleh dokter anda.

Gumpalan atau benjol di bahagian perut, yang dirasai dokter. Rasa sakit yang kuat di bahagian abdomen yang berlarutan, yang baru dirasai buat pertama kali (terutamanya bagi golongan yang lebih berumur).

” Kebanyakan orang yang mengalami gejala ini TIDAK menghidap kanser usus, namun amat penting supaya anda menjalani ujian lanjut untuk mendapatkan kepastian.”

Anda boleh berkonsultasi dengan:

Dr Seow Eng Lok (MD (UKM), MRCP (UK), MAGA (USA)

Consultant Gastroenterologist & Hepatologist

Hubungi Perwakilan Island Hospital Penang – 0811657299/ 081533318356/ 085296335566

dokter 003

Nasihat Pemakanan untuk Pesakit Kanser Usus (Part 1)

Mari kita berbincang tentang usus dan dubur

Kebanyakan orang mengalami masalah usus dan dubur pada suatu ketika dalam hidup mereka. Walaupun kadangkala kita berasa segan hendak bercakap tentang masalah ini,anda tentu terkejut dengan betapa ramainya orang yang mengalami gejala yang sama dengan yang anda alami. Terdapat banyak masalah lazim yang boleh menyebabkan perubahan fungsi usus,kesakitan dan darah yang keluar dari dubur. Kebanyaknya bukan kanser.

Apakah kanser usus?

Kanser usus ialah kanser dimana-mana bahagian kolon atau rektum yang membentuk sebahagian besar usus besar. Jika tidak dirawat,ia akan bertambah besar dan mungkin menyebabkan usus tersumbat atau menimbulkan ulser yang akan mengakibatkan kehilangan darah dan anemia.

Berapa lazimkah kanser usus?

Kanker usus adalah kanker pembawa maut yang kedua terbesar dinegara kita. 35,600 orang didiagnosis menghidap penyakit ini setiap tahun, dan lebih 45% akan menemui maut. Ini bersamaan dengan 46 pesakit yang mati setiap hari – lelaki mahupun wanita,yang muda mahupun yang tua.

“Sungguhpun begitu,berita baiknya pula adalah bahawa kanser usus ialah salah satu penyakit yang paling mudah diubati jika dikesan cukup awal”

Lebih 90% kes kanser usus boleh disembuhkan sepenuhnya jika didiagnosis sebelum terlambat dan dirawat. Oleh itu,amat penting supaya anda memerhatikan gejala yang mungkin menandakan kanser,dan jalani pemeriksaan jika gejala berlarutan.

JANGAN biarkan saja gejala anda berlarutan; Ketahui tentang kanker usus.

Anda boleh berkonsultasi dengan:

Dr Seow Eng Lok (MD (UKM), MRCP (UK), MAGA (USA)

Consultant Gastroenterologist & Hepatologist

Hubungi Perwakilan Island Hospital Penang – 0811657299/081533318356/085296335566

dokter 001